nuffnang ads

KESIHATAN

KERACUNAN MAKANAN

    Pada umunya, makanan bersifat mudah rosak (perishable). Buah-buahan dan sayur-sayuran yang telah matang akan mengalami perubahan-perubahan fisiologis yang disertakan perubahan fizik, kimia dan mikrobiologi. Proses pematangan pada buah-buahan dan sayur-sayuran akibat respirasi akan terus berlanjutan setelah pemetikan dibuat. Pematangan terus berjalan sehingga bahan tersebut menjadi layu dan tidak dapat dimakan.
  
    Sewaktu berespirasi, bahan makanan menyerap oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida. Buah dan sayur-sayuran menjadi masak sewaktu sel berespirasi. Proses ini akan melibatkan penggunaan oksigen. Bahan makanan itu menjadi layu jika terus mengambil oksigen meskipun sudah masak. Jika kadaar oksigen rendah, proses respirasi akan  berkurangan dan memperlambatkan proses pematangan.

    Penyebab lain kerosakan bahan adalah akibat mikroorganisma seperti bakteria dan cendawan. Mikroorganisma ini dapat menyerang makanan dan menyebabkan kerosakan makanan. Proses ini akan berlaku kepada segala jenis makanan.

    Keracunan makanan sering berlaku terutamanya di negara yang agak panas seperti negara kita, Malaysia. Mengikut sumber tertentu, anggaran 2000 orang akan mengalami keracunan makanan setiap tahun. Mengikut statistik keracunan makanan, dalam tahun 1984, bilangannya adalah seramai 1417 orang dan ini meningkat kepada 3568 orang pada tahun 1989. Antara Januari 1988 dan Mei 1989, 29 kematian telah direkodkan akibat keracunan makanan. Malah ramai di antara kita mengalami keracunan makanan sekurang-kurangnya sekali setahun. Tetapi tidak ramai yang menyedarinya. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga beranggapan bahawa ini adalah satu masalah sejagat. Walhal keadaan ini mudah dielakkan jika masyarakat sentiasa berwaspada.

PUNCA KERACUNAN MAKANAN

    Keracunan makanan boleh disebabkan oleh kuman atau mikroorganisma, racun atau toksin, dan bahan-bahan kimia. Keracunan akibat kuman khususnya berlaku apabila keadaan persekitaran yang menggalakkan kuman tersebut hidup dengan meluas. Misalnya dalam cuaca yang panas, lembab dan kotor, kuman dapat membiak dengan aktif. Kuman juga boleh menghasilkan racun dan bahan-bahan kimia yang berbahaya. Kuman atau bakteria yang terlibat boleh menyebabkan penyakit seperti taun (Kolera), kepialu (tifoid) dan hepatitis. Penyakit ini boleh dijangkiti melalui makanan sekiranya tukang masak itu sendiri menghidapi penyakit tersebut.

    Bakteria muncul dalam makanan kita dalam pelbagai cara:
    # penyediaan makanan yang tidak teliti
    # makanan yang tidak dimasak dengan sempurna
    # makanan yang terdedah kepada suhu persekitaran (30 darjah selsius)

Jenis-jenis makanan yang sering dipengaruhi bakteria ialah:
  • susu atau makanan yang bersusu seperti keju dan krim
  • masakan berlemak seperti nasi lemak, nasi beriani, mee dan sebagainya.
  • roti, kuih-muih
  • masakan laut seperti kerang
  • daging- lembu, ayam, ikan
  • masakan dalam tin yang telah kemik atau yang kembung pada bahagian atasnya ataupun telah berkarat.
    Bakteria memerlukan persekitaran yang sesuai untuk hidup. Persekitaran yang sesuai menggalakkan pembiakan bakteria dalam makanan ialah:
  • makanan mentah seperti daginglembu, ayam dan sebagainya yang tidak disimpan di tempat dingin
  • makanan beku yang dibiarkan cair terlalu lama pada suasana yang panas.
  • makanan dalam tin yang terdedah kepada suhu yang tinggi selepas dibuka.
  • masakan basah dan berair yang tertinggal di tempatyang panas
  • makanan seperti buah-buahan serta sayur-sayuran yang tidak dicuci dengan baik
  • makanan yang telah tercemar semasa dimasak atau dibungkus
  • tidak menyimpan dengan segera makan yang dibeli, misalnya selepas ke pasar.
    Terdapat pelbagai tanda, menunjukkan seseorang itu mengalami keracunan makanan. Umumnya, seseorang itu akan berasa mual, muntah-muntah, cirit-birit, pening kepala serta gangguan perut. Ada juga yang lebih serius yang mana ia melibatkan keracunan sistem saraf. Keadaan ini lebih berbahaya bagi kanak-kanak.

    Tanda-tanda khusus walau bagaimanapun  bergantung kepada jenis kuman dan penyakit yang terlibat. Setiap keadaan mempunyai masa mula yang agak berbeza.


nuffnang

awak sangat cute

heartbeat.my