nuffnang ads

Tuesday, September 9, 2014

INDAHNYA CIPTAAN ALLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Pada hari ini kakuzu ingin berkongsi cerita sedikit mengenai indahnya ciptaan Allah S.W.T. Cerita ini mungkin dah ada yang telah mendengarnya di sekolah atau mungkin di mana-mana. Dalam tidak sedar kakuzu baru perasaan perkara ini walaupun sudah banyak kajian telah dibuat mengenainya.

    Apa yang ingin kakuzu ceritakan adalah mengenai AIR (WATER). Air merupakan gabungan antara hydrogen dan oxygen yang membentuk molecule air. Air ini menyimpan 1001 rahsia yang kita tidak tahu dan banyak khasiat dan banyak kegunaan air ini kepada makhluk ciptaan Allah sekalian alam.

   Badan manusia mengandungi 50% hingga 75% kadungan air dalam badan. Peratus tersebut menunjukkan badan manusia mempunyai banyak kapasiti air dalam badan. Justeru itu, tidak hairanlah air juga dapat mempengaruhi minda dan emosi seseorang tersebut. Ini keran jika manusia kehilangan 2% -3% air dalam badan, mereka akan merasa tidak selesa dan kadang kala tidak dapat berfikir dengan betul kerana rasa dahaga yang menyebabkan sistem badan manusia terganggu. (Chemistry Expert).

   Menurut satu kajian yang dibuat oleh Dr. Masaru Emoto, beliau mendapati bahawa molecule air ini boleh berubah - ubah mengikut persekitaran dan kesan yang diberikan kepada air tersebut. Beliau telah menjalankan perlbagai ujian untuk melihat kesinambungan antara air dalam alam semula jadi yang dapat mempengaruhi bentuk molecule air.

   Antara kajian yang telah beliau lakukan ialah dengan memperdengankan kata-kata yang membawa maksud positif dan negatif seperti ceria, jahat, gembira, bahagia, bodoh dan sebagainya. Kajian beliau mendapati bahawa air yang selalu diperdengarkan dengan kata-kata yang positif menghasilkan molecule air yang sangat cantik dan sejuk mata memandang. Jika air tersebut diperdengarkan dengan kata-kata yang negatif yakni kata-kata yang boleh membawa kepada pergaduhan sesama manusia menghasilkan moleculeair yang sangat buruk dan sangat menakutkan.

                 
Eternal.jpg
Eternal
Evil.jpg
Evil
Hemp.jpg
Hemp














sumber : http://www.masaru-emoto.net/english/water-crystal.html

    Ini adalah satu penemuan yang sangat menakjubkan. Maka terbuktilah mengapa manusia ada kalanya berasa gembira dan ada kalanya terasa sedih dan marah. Ini keran molecule air yang cantik dapat mempengaruhi tubuh badan dan akal fikiran manusia keran kandungan air yang banyak di dalam badan manusia.

    Fikir-fikirkanlah wahai umat Nabi Adam, Bahawasanya kekuasaan Allah berada di mana-mana. Hanya kita sahaja yang tidak melihat dan memikirkan keindahan ciptaan - Nya.


No comments:

Post a Comment

nuffnang

awak sangat cute

heartbeat.my