nuffnang ads

Friday, September 14, 2012

PRAKTIKAL SEMESTER 3

Hari ni kakuzu nak kongsi sedikit pengalaman. Alhamdulillah praktikal semster 3 sudah berlalu. yang tinggal hanya port folio yang belum siap dikemas kini lagi.

zaman praktikal amat seronok. kakuzu jumpa ramai orang. Dapat berinteraksi dengan orang awam dan mempraktikkan apa yang kita belajar selama ini.

Kakuzu berpraktikal di HOSPITAL SULATANAH NURZAHIRAH, KUALA TERENGGANU (HSNZ). ini merupakan praktikal pertama bagi kakuzu. Mula-mula sampai di hospital, kakuzu sampai awal sangat. hehehehe. takut lambat sampai pada hari pertama. Setelah sampai kakuzu disambut baik oleh semua staff di hospital berkenaan. Mereka amat peramah dan sentiasa memberi tunjuk ajar kepada kakuzu untuk menjadi yang lebih baik

Selain itu, kakuzu juga mengikuti program yang dibuat oleh pihak JABATAN PENGIMEJAN DIAGNOSTIK. Programnya adalah pertandingan bowling peringkat jabatan, berkenaan bowling, ini kali pertama kakuzu menjejakkan kaki ke tempat permainan bowling. seumur hidup kakuzu sebelum ini, belum pernah lagi main bowling. di kampung main bowling guna kelapa dan tin. hehehe. Seronok main bowling. lain kali, kalau ada kelapangan kakuzu nak main lagi.

Pada hari terakhir kakuzu di sana, kebetulan tarikh yang sama untuk jamuan hari raya peringkat hospital. Ramai orang datang ke majlis tersebut. Semua golongan boleh menyetai majlis hari raya ini. Macam-macam juadah yang disediakan pada hari tersebut. Ada kuih, buah-buahan tempatan, satay, cendol dan sebagainya.

Akhir kata kakuzu, kakuzu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak HOSPITAL SULTANAH NURZAHIRAH di atas kesudian menerima dan mengajar kakuzu selama kakuzu berpraktikal di sana, Pengalaman berpraktikal di sana merupakan suatu pengalaman yang cukup bermakna bagi kakuzu. Maafkan segala keterlanjuran kakuzu semasa kakuzu berpraktikal di sana,

Sekian.

nuffnang

awak sangat cute

heartbeat.my