Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan:
- membasuh tangan dengan teliti sebelum menyediakan makanan atau semasa terhenti selepas diganggu.
- mengasingkan makanan yang telah dimasak dengan makanan yang belum dimasak atau yang masih mentah. Ini kerana makanan yang telah dimasak lebih mudah tercemar berbanding dengan makanan yang belum dimasak.
- pilih makanan yang diproses (atau dimasak) untuk menjaga keselamatan. Banyak makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran agak selamat dalam keadaan semulajadi. Yang selainnya mungkin tidak selamat jika tidak diproses.
- masak makanan dengan teliti kerana banyak makanan mentah tercemar dengan kuman membawa penyakit. Contohnya daging dan susu.
- Makan makanan yang telah dimasak serta-merta. Apabila makanan telah menjadi sejuk, kuman lebih mudah mencemarinya. Lebih lama dibiarkan, lebih tinggi risikonya.
- simpan makanan yang telah dimasak dengan cermat dalam keadaan yang sesuai.( panas atau dingin)
- jaga kebersihan dapur serta permukaan tempat masak.
- bungkus makanan yang telah dimasak dengan pembalut plastik atau simpan di tempat kedap udara
utamakan kebersihan... hapuskan bakteria.. ingatlah orang yang tersayang.....
ReplyDeletebetul tu, sentiasa menjaga kebersihan
Delete