nuffnang ads

Saturday, March 5, 2011

CERITA IKTIBAR: KELDAI MENANGKAP PENCURI [ PART 5] EPISOD AKHIR

    " Kata-kata kamu itu tadi memang benar jawab Nizamuddin," Maafkan saya! Saya tidak dapat mengenali semua rakyat dalam negeri ini kerana mereka terlalu ramai."
    Pemuda gembala itu tersenyum sahaja.
    " Banyakkah binatang ternakan yang kamu pelihara?" tanya Nizamuddin.
    " Tidaklah terlalu banyak. Sekadar cukup untuk menyeara diri saya sekeluarga," jawab pemuda gembala itu.
    Pemuda gembala itu lalu mengajak Nizamuddin makan sedikit makanan bersama-samanya. Nizamuddin menerima baik perlawaaan itu.
    " Mengapakah tuan bersiar-siar di desa ini?" tanya pemuda gembala itu.
    " Esok saya mungkin akan dijatuhkan hukuman bunuh. Itulah sebabnya hari ini saya cuba bersiar-siar di desa ini sebelum saya meninggal dunia," jawab Nizamuddin.
    Pemuda gembala itu berasa simpati dengan nasib Nizamuddin. Dia yakin bahawa Nizamuddin tidak bersalah. Dia percaya bahawa kejadian tersebut hanyalah sengaja dirancang oleh beberapa orang  pembesar yang berhati jahat.
    " Saya tahu bahawa tuan adalah seorang yang sangat jujur," kata pemuda gembala itu kepada Nizamuddin. "Tuan janganlah bersedih hati. Saya akan cuba menolong tuan."
    " Tetapi bagaimanakah caranya?" tanya Nizamuddin benar-benar ingin tahu.
    " Saya mempunyai seekor keldai. Keldai ini boleh membantu kita untuk menangkap pencuri yang jahat itu," jelas pemuda gembala itu lagi.
    " Seekor keldai boleh menangkap seorang pencuri?" Nizamuddin bertanya dengan penuh kehairanan. Sukar baginya untuk mempercayai kata-kata pemuda gembala tersebut.
    "Malam ini tuan bolehlah menumpang tidur di rumah saya. Besok pagi, kita akan bersama-sama pergi ke istana. Di sana nanti, tuan boleh menyaksikan sendiri bagaimana keldai saya dapat menangkap pencuri tersebut," kata pemuda gembala itu lagi.
    Keesokan harinya, Nizamuddin dan pemuda gembala itu pergilah ke istana raja. Pemuda gembala itu membawa seekor keldai bersama-samanya.
    " Patik meminta izin daripada tuanku untuk menangkap pencuri itu!" kata pemuda gembala itu kepada baginda raja.
    " Bagaimanakah caranya kamu boleh mengenali pencuri itu?" baginda bertanya.
    " Patik mempunyai seekor keldai yang sangat bijak. Ia boleh mengenali sesiapa sahaja yang pernah menjadi pencuri," kata pemuda gembala itu menjelaskan lagi.
    " Seekor keldai boleh menangkap seorang pencuri?" baginda bertanya dengan penuh kehairanan dan tidak mempercayainya.
    " Ya!" jawab pemuda itu lagi.
    " Baiklah! Beta izinkan. Tetapi bagaimanakah caranya keldai kamu itu boleh mengenali pencuri tersebut?" baginfa bertanya lagi.
    " Keldai ini hendaklah diletakkan di dalam sebuah bilik. Setiap pembesar tuanku hendaklah bergilir-gilir masuk ke dalam bilik itu. Mereka hendaklah memegang ekor keldai ini. Jika orang itu adalah pencuri, nescaya keldai petik ini akan menendangnya," pemuda gembala itu menerangkan caranya.
    Keldai itu pun ditempatkan di dalam sebuah bilik. Para pembesar istana memasuki bilik itu secaara bergilir-gilir. Mereka memegang ekor keldai tersebut. Beberapa orang pembesar itu pula tidak memegang ekor keldai tersebut.
    "Tidak ada sesiapa pun yang menyaksikan sama ada aku memegang atau tidak ekor keldai ini," kata para pembesar yang jahat itu dalam hati mereka masing-masing.
    Akhirnya selesailah giliran para pembesar itu memasuki bilik tersebut.
    " Tidak ada seorang pun di kalangan pembesar beta yang ditendang oleh keldai kamu itu," tega baginda raja kepada pemuda gembala itu.
    "Patik tahu tuanku!" jawab pemuda gembala itu.
    " Jadi bagaimanakah kamu boleh mengetahui bahawa keldai kamu itu mengenali pencuri?" baginda bertanya dengan suara yang keras.
    " Tunggulah sebentar, wahai tuanku." jawab pemuda gembala itu lagi. Dia segera berjalan ke arah pembesar. Dia memegang tangan para pembesar itu.
    Akhirnya pemuda gembala itu memilih empat orang pembesar dan menuduh mereka sebagai pencuri.
    " Apakah bukti kamu, wahai pemuda gembala?" tanya salah seorang pembesar yang dituduh mencuri itu.
    " Buktinya ialah tangan kamu tidak berminyak!" pemuda gembala itu menjawab dengan tegas.
    Keempat-empat orang pembesar itu terdiam. Meraka sangat ketakutan kerana sekarang terbuktilah bahawa mereka sebenarnya yang bertanggungjawab ke atas peristiwa itu.
    " Terangkan hal ini dengan lebih jelas kepada beta," kata baginda raja kepada pemuda gembala itu.
    Pemuda gembala itu lalu menerangkannya. " Ekor keldai patik itu sebenarnya telah dilumurkan dengan minyak. Semua pembesar yang memasuki bilik itu telah memegang ekor keldai petik tersebut. Sebaliknya, keempat-empat  pembesar yang jahat itu tidak memegang ekor keldai itu. Mereka bimbang kalau-kalau keldai itu akan menendang mereka. Mereka berani berbuat demikian kerana tiada sesiapa oun yang menyaksikan perbuatan mereka semasa berada dalam bilik tersebut. Oleh sebab itulah maka tangan mereka tidak berminyak. Dengan ini jelaslah membuktikan bahawa merekalah sebenarnya yang merancang kejadian kecurian itu."
    Baginda raja berpuas hati dengan cara penyiasatan itu. Keempat-empat pembesar yang jahat itu mengaku bersalah. Mereka menerima hukuman daripada baginda raja. Beberapa hari kemudian, tukang kunci pula datang membuat pengakuan. Dia dimaafkan oleh baginda. Manakala pencuri yang turut bersubahat itu pula juga ditangkap dan dikenakan hukuman.
    Tidak lama selepas itu, baginda raja mengahwinkan Nizamuddin dengan puterinya, Nur Fadzilah. Manakala pemuda gembala yang sangat cerdik itu dikurniakan harta kekayaan oleh baginda.


                                   ===============TAMAT===============

No comments:

Post a Comment

nuffnang

awak sangat cute

heartbeat.my