nuffnang ads

Friday, September 12, 2014

Assassin's Creed Rouge AND Assassin's Creed Unity

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Kakuzu nak cerita sikit pasal GAME hari ini. hahaha. Yes, i am gamer tapi gamer yang biasa-biasa je la. Hari ni kakuzu dapat berita yang Assassin' Creed Rouge and Assassin's Creed Unity akan keluar dipasaran tidak lama lagi.

    Kakuzu memang folow game ni dari dulu lagi sebb gameplay dye best, penuh dengan aksi dan misteri. Sesiapa yang meminati game ini mesti faham apa maksud kakuzu.

   

ASSASSIN'S CREED ROUGE

https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTvgNvFBw2Ba3LZAAK4mqn470G4alzD5isTupgR7V-DdtkLW2o- (google image)

    ASSASSIN'S CREED ROUGE ini menceritakan watak Shay Patrick Cormack yang dulunya merupakan kerabat assassin's creed tetapi telah berpaling tadah. Dia menjadi watak jahat utama yang merancang untuk membunuh kerabatnya yang dulu mereka panggil sahabat.

   Dalam game ini jugak, ada banyak penambah baikan yang telah dibuat. Contohnya pada Assassin Creed Black Flag, Edward Kenway membawa watak sebagai lanun yang mngemudi sebuah kapal bernama Jackdaw, Shay Patrick Cormack juga mengemudi sebuah kapal perang yang diberi nama Morrigan.

                                                      sumber: Google image
  
    Morrigan dilengkapi dengan pelbagai senjata perang seperi broadside cannon, burning oil dan banyak lagi. Disebabkan game ini berlatar belakangkan kawasan sejuk beku (North Atlantic Ocean), Morrgian juga dilengkapi dengan ICE RAM untuk memudahkan kapal bergerak di kawasan lautan yang membeku. 

    Senjata Shay juga telah banyak dibuat penambah baikan. Sebagai contoh Shay dilengkapi dengan senjata terbarunya iaitu air rifle. Shay juga turut dilengkapi dengan pelbagai peralatan untuk menewaskan musunya. Shay juga mempunyai keistimewaan untuk menggunakan  "Eagle vision" untuk mengenal pasti musuh di dalam semak dan di mana-mana sahaja. 

    Pertempuran Shay dengan musuhnya merupakan satu peperangan yang sangat hebat disebabkan Shay memburu kerabat Assassinnya yang mempunyai kebolehan yang sama seperti dia. Kepada sesiapa yang meminati Assassin's Creed Rouge sememangnya menjanjikan kepuasan dari segi kaedah pertempuran dan jalan ceritanya.


ASSASSIN'S CREED UNITY

                                                            SUMBER: Google Image 

    Berdasarkan gambar poster game Assassin's Creed Unity ini, pasti ramai bertanya ramainya watak utama dalam game ini.  Game ini berlatar belakangkan kawasan di Perancis suatu ketika dahulu dan watak utamanya ialah Arno. Game ini dilengkapi dengan sistem multiplayer. Ini bermakna anda boleh mempelawa kawan anda untuk sama-sama menjelajah ke seluruh Perancis dalam melawan mush mereka.

    Arno dilengkapi dengan senjata Phantom blade, iaitu Hidden blade dengan penambahan crossbow mechanism. 

                                                                 Sumber : Google Image

    

Tuesday, September 9, 2014

INDAHNYA CIPTAAN ALLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Pada hari ini kakuzu ingin berkongsi cerita sedikit mengenai indahnya ciptaan Allah S.W.T. Cerita ini mungkin dah ada yang telah mendengarnya di sekolah atau mungkin di mana-mana. Dalam tidak sedar kakuzu baru perasaan perkara ini walaupun sudah banyak kajian telah dibuat mengenainya.

    Apa yang ingin kakuzu ceritakan adalah mengenai AIR (WATER). Air merupakan gabungan antara hydrogen dan oxygen yang membentuk molecule air. Air ini menyimpan 1001 rahsia yang kita tidak tahu dan banyak khasiat dan banyak kegunaan air ini kepada makhluk ciptaan Allah sekalian alam.

   Badan manusia mengandungi 50% hingga 75% kadungan air dalam badan. Peratus tersebut menunjukkan badan manusia mempunyai banyak kapasiti air dalam badan. Justeru itu, tidak hairanlah air juga dapat mempengaruhi minda dan emosi seseorang tersebut. Ini keran jika manusia kehilangan 2% -3% air dalam badan, mereka akan merasa tidak selesa dan kadang kala tidak dapat berfikir dengan betul kerana rasa dahaga yang menyebabkan sistem badan manusia terganggu. (Chemistry Expert).

   Menurut satu kajian yang dibuat oleh Dr. Masaru Emoto, beliau mendapati bahawa molecule air ini boleh berubah - ubah mengikut persekitaran dan kesan yang diberikan kepada air tersebut. Beliau telah menjalankan perlbagai ujian untuk melihat kesinambungan antara air dalam alam semula jadi yang dapat mempengaruhi bentuk molecule air.

   Antara kajian yang telah beliau lakukan ialah dengan memperdengankan kata-kata yang membawa maksud positif dan negatif seperti ceria, jahat, gembira, bahagia, bodoh dan sebagainya. Kajian beliau mendapati bahawa air yang selalu diperdengarkan dengan kata-kata yang positif menghasilkan molecule air yang sangat cantik dan sejuk mata memandang. Jika air tersebut diperdengarkan dengan kata-kata yang negatif yakni kata-kata yang boleh membawa kepada pergaduhan sesama manusia menghasilkan moleculeair yang sangat buruk dan sangat menakutkan.

                 
Eternal.jpg
Eternal
Evil.jpg
Evil
Hemp.jpg
Hemp














sumber : http://www.masaru-emoto.net/english/water-crystal.html

    Ini adalah satu penemuan yang sangat menakjubkan. Maka terbuktilah mengapa manusia ada kalanya berasa gembira dan ada kalanya terasa sedih dan marah. Ini keran molecule air yang cantik dapat mempengaruhi tubuh badan dan akal fikiran manusia keran kandungan air yang banyak di dalam badan manusia.

    Fikir-fikirkanlah wahai umat Nabi Adam, Bahawasanya kekuasaan Allah berada di mana-mana. Hanya kita sahaja yang tidak melihat dan memikirkan keindahan ciptaan - Nya.


PENGUMUMAN PENTING

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Kepada sesiapa yang sentiasa mengikuti perkembangan blog kakuzu ini, kakuzu memohon maaf di atas kesulitan untuk membalas segala komen yang telah anda tinggalkan di blog ini. Alhamdulillah kakuzu dapat menyelesaikan kesulitan tersebut.

    Sebahagian entri - entri kakuzu yang telah dipaparkan di dalam blog ini kakuzu telah padam disebabkan atas dasar memelihara hak cipta terpelihara. Jadi kakuzu memohon seribu kemaafan di atas kesulitan tersebut.

    Kakuzu berharap agar anda terus mengikuti blog kakuzu ini. Anda boleh mengemukan soalan dan cadangan di ruang komen di bawah. Kakuzu akan cuba sedaya mana yang boleh untuk menolong masalah yang anda hadapi.

    Sejurus dengan itu, kepada sesiapa yang berminat dengan bidang PENGIMEJAN PERUBATAN bolehla menanyakan apa -apa soalan yang bermain di fikiran anda; Kakuzu akan mencuba sedaya upaya untuk mnjawab soalan anda semua.

    Sekali lagi kakuzu memohon maaf di atas kesulitan yang kakuzu hadapi selama ini. Terima kasih kakuzu ucapakan kepada anda yang setia mengikuti perkembangan blog kakuzu.

sekian, terima kasih :)

nuffnang

awak sangat cute

heartbeat.my