nuffnang ads

Wednesday, August 21, 2013

KL ZOMBIE

   Ni bukan KL Gangster, kali ni filem yang hangat diperkatakan dalam laman sosial ialah KL Zombie. KL pun ada zombie dah sekarang. hahaha. Cerita ini akan ditayangkan secara rasminya pada 29 Ogos 2013 di dipawagam. Dibintangi oleh Zizan Razak, pasti memeriahkan lagi zombie- zombie yang berada di sekitar KL. Jangan lepaskan peluang anda untuk menonton KL Zombie di pawagam yang berdekatan.

   KL Zombi Official Movie Poster
sumber: google image

Tuesday, August 20, 2013

Kawanku

    Hari ini kakuzu nak karang cerita sikit selepas menonton filem Ada Apa Dengan Cinta. Mungkin di luar sana ramai yang menonton filem cinta ini. Dengar lagu dari Melly Goeslaw - Ada Apa Dengan Cinta dapat menggambarkan bagaimana cinta itu sangat indah dan sangat unik bila dua hati saling mencintai. 

    Namun cinta itu buta. Ia boleh membuatkan kita jadi gila, tidak tentu arah dan menberontak. Jika di luar sana ada yang pernah merasakan sakit dan peritnya putus cinta, sudah tentu anda menahami keadaan ini. Keadaan di mana otak tidak lagi berfikiran dengan waras, tingkah laku menjadi tidak kena.Selalu mengimbau kenangan lalu bersama si dia yang dulunya dicintai dan sekarang berubah kepada benci dan sebagainya. 

    Kepada yang masih meraih cinta yang telah hilang sesungguhnya Allah itu Maha Adil dengan menciptakan umat manusia secara berpasang - pasangan. Jangan salahkan cinta. Cinta tidak besalah sama sekali dalam hal ini kerana manusia yang membuatkan cinta menjadi zalim dan kejam. Cinta merupakan satu perasaan yang suci yang lahir dari sanubari manusia. Begitu indah cinta dilahirkan,

    Jangan anda memaksa cinta anda, kerana cinta yang dipaksa tidak membawa ke mana-mana. Hanya penderitaan yang bertunas dari cinta anda. Cintailah seseorang itu dengan hati yang suci dan tulus ikhlas kerana adanya ganjaran dari - Nya. yang teramat penting, cinta kepada Allah mesti didahulukan dan diutamakan kerana keredhaan - Nya membawa ke syurga,

     Cuba muhasabah diri kita mengapa "cinta" pergi dari hati kita walaupun kita sangat mencintai si dia. Mungkin niat yang salah, tidak mempercayai antara satu sama lain dan sebagainya menjadi punca segala kegagalan cinta. Cinta perakara yang suci mestilah dihiasi dengan perkara - perkara yang indah. 

    Cintailah si dia kerana Allah. Cintailah kerana ingin membimbingnya ke arah jalan yang benar. InsyaAllah percintaan yang tulus dan ikhlas bakal membawa ke jinjang pelamin. 

Renungankanlah wahai kawan..

Lirik Lagu Jika – Melly Goeslaw

Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Sempat terpikir tuk kembali
Walau beda akan kujalani
Tak ada niat untuk selamanya pergi
Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Apakah sama yang kurasa
Ingin jumpa walau ada segan
Tak ada niat untuk berpisah denganmu
Jika memang masih bisa mulut ku berbicara
Santun kata yang ingin terucap
Kan ku dengar caci dan puji dirimu padaku
Kita masih muda dalam mencari keputusan
Maafkan daku ingin kembali
Seumpama ada jalan tuk kembali
Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Tak ada niat untuk selamanya pergi
Jika teringat tentang dikau
Jauh di mata dekat di hati
Tak ada niat untuk berpisah denganmu

nuffnang

awak sangat cute

heartbeat.my