nuffnang ads

Wednesday, March 30, 2011

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

    Kepada semua lepasan SPM, sesiapa yang berminat untuk mengikuti program diploma kejururawatan  di Universiti Sains Malaysia bolehlah membuat permohonan sebelum 8 April 2011.

Syarat-syarat kemasukan boleh disemak di link ini:
http://web.usm.my/kemasukan/jururawat/syarat.asp

    Cara-cara untuk membuat permohonan:
  • Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online application)
  • Bayaran wang sebanyak RM60 dikenakan kepada setiap permohonan melalui kaedah:
    • Bayaran secara tunai di kaunter CIMB
    • Bayaran secara online melalui ePayment@USM
      • Pindahan tunai antara akaun (CIMB Clicks)
      • Kad kredit
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 8April 2011
  • Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan
  • Pemohon perlu mencetak dan menghantar sesalinan borang permohonan bersama salinan sijil-sijil akademik dan sijil-sijil lain yang berkaitan dan telah disahkan.
  • Hantarkan salinan-salinan tersebut kepada:
    • PENGAMBILAN & KEMASUKAN PELAJAR
      BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK,
      JABATAN PENDAFTAR,
      ARAS 2 CANSELORI,
      UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,
      11800 PULAU PINANG

Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi atau melayari:

Talian bebas tol   : 1 300 888 876
Talian am             : 04-653 3196/3141
No. Faks               : 04-653 3328
Emel                     : admission@notes.usm.my
Web                     : http://www.admissions.usm.my




















Sunday, March 27, 2011

PEMBELIAN NO PIN IPTA DI BANK SIMPANAN NASIONAL

Kepada sesiapa yang berminat untuk memohon melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bolehlah membeli no Pin di Bank Simpanan Nasional (BSN).

No Pin untuk Universiti Teknologi MARA juga boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional.


SEMOGA ANDA BERJAYA SEHINGGA KE MENARA GADING

Friday, March 25, 2011

SEMAKAN KELAYAKAN KE IPTA LEPASAN SPM 2010

Kepada semua pelajar lepasan SPM 2010, semakan kelayakan kemasukan ke IPTA boleh dibuat secara online. Sila semak kelayakan anda untuk mengisi borang UPU secara online.

sila klik link ini unutk membuat semakan IPTA
http://imascu.upu.mohe.gov.my/?l1=Semak%20Syarat

untuk mengetahui maklumat tentang IPTA bolehlah melayari web ini:
https://online.mohe.gov.my/upu/emas/index_epanduan.php?pagefunc=epanduan

untuk mengetahui syarat-syarat kemasukan ke TEVT & ILKA bagi lepasan SPM, bolehla melayari laman web ini:
https://online.mohe.gov.my/upu/online1112/tevtilka/index.html

Semoga anda mendapat kejayaan di dunia dan diakhirat

Saturday, March 19, 2011

HOMESTAY PACKAGES IN MALAYSIA

HOMESTAY KAMPUNG UJUNG BUKIT, PERLIS

2 DAYS 1 NIGHT FROM RM 250.00 PER PAX
includes: accommodation at foster family's home with breakfast, lunch and dinner.
activities: a welcome reception, a welcome drink, a village tour, making traditional local delicacies, making chili sauce, a cultural performance, an aerobics session, playing traditional local games and visit to a Gua Kulam (Kelam Cave), Snake Farm and Padang Besar.

3 DAYS 2 NIGHTS FROM RM 450.00 PER PAX
includes: accommodation at foster family's home with breakfast, lunch and dinner.
activities: a welcome reception, a welcome drink, a village tour, making traditional local delicacies, making chili sauce, a cultural performance, an aerobics session, playing traditional local games and visit to a Gua Kulam (Kelam Cave), Snake Farm and Padang Besar.

CONTACT US AT:
ENCIK HALIM BIN JALIB
TEL: +604-9762491/ +6012-4252491 
FAKS: +604-9762491
WEB: http://202.73.9.230/hs/?hs=7&lg=en&page=hs_info&id=336

HOMESTAY PAYA GURING, PERLIS

2 DAYS I NIGHT FROM RM 180.00 PER PAX
includes: accommodation a foster family's home with breakfast, lunch and dinner.
activities: a warm welcome reception complete with bunga manggar/hadrah, a welcome drink, a slide show presentation, cultural performances, a village tour, basketry, rubber-tapping, an aerobics session, a mock wedding ceremony, fishing, playing local traditional games, making local traditional delicacies.

3 DAYS 2 NIGHTS FROM RM 250.00 PER PAX
includes: accommodation a foster family's home with breakfast, lunch and dinner.
activities: a warm welcome reception complete with bunga manggar/hadrah, a welcome drink, a slide show presentation, cultural performances, a village tour, basketry, rubber-tapping, an aerobics session, a mock wedding ceremony, fishing, playing local traditional games, making local traditional delicacies.

CONTACT US AT:
TN. HAJI ROMLE BIN HJ. HASSAN
TEL: +6019-5488519
EMAIL: paya.guring@gmail.com
WEB: http://paya-guring.blogspot.com


2 DAYS 1 NIGHT FROM RM 120.00 PER PAX
includes: accommodation at foster family's home with breakfast, lunch and dinner.
activities: a welcome reception, a visit to a handcraft centre, learning the art of making lemang, traditional cultural performances (nasyid, berendoi, etc), an aerobic session and a tour to a rubber plantation, a fish pond, a bamboo farm, an ostrich farm, a deer farm and a horse farm.
3 DAYS 2 NIGHTS FROM MYR 200.00 PER PAX
includes: accommodation at foster family's home with breakfast, lunch and dinner.
activities: a welcome reception, a visit to a handcraft centre, learning the art of making lemang, traditional cultural performances (nasyid, berendoi, etc), an aerobic session and a tour to a rubber plantation, a fish pond, a bamboo farm, an ostrich farm, a deer farm and a horse farm.

CONTACT US AT:
MS. MAHASA
TEL: +6012-4428279 / +604-9490153
FAKS: +604-9490909
EMAIL: mshomestayfma@yahoo.com
WEB: http://homestayfeldamataairperlis.blogspot.com/

HOMESTAY KAMPUNG JERUJU

2 DAYS 1 NIGHT FROM RM 120.00 PER PAX
includes: accommodation at foster family's home with breakfast and a choice of either one (1) lunch or one (1) dinner.
activities: a welcome reception, agricultural activities, making local traditional delicacies, participate in local traditional game and activities (mock wedding ceremony, silat, top-spinning and wau-flying), a visit local historical places of interest (Paddy Museum and Kedah Royal Herritage Trail)

3 DAYS 2 NIGHT FROM RM 150.00 PER PAX
includes: accommodation at foster family's home with breakfast and a choice of either one (1) lunch or one (1) dinner.
activities: a welcome reception, agricultural activities, making local traditional delicacies, participate in local traditional game and activities (mock wedding ceremony, silat, top-spinning and wau-flying), a visit local historical places of interest (Paddy Museum and Kedah Royal Herritage Trail)






Friday, March 18, 2011

CARA MENGELAKKAN DARIPADA KERACUNAN MAKANAN

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan:
  • membasuh tangan dengan teliti sebelum menyediakan makanan atau semasa terhenti selepas diganggu.
  • mengasingkan makanan yang telah dimasak dengan makanan yang belum dimasak atau yang masih mentah. Ini kerana makanan yang telah dimasak lebih mudah tercemar berbanding dengan makanan yang belum dimasak.
  • pilih makanan yang diproses (atau dimasak) untuk menjaga keselamatan. Banyak makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran agak selamat dalam keadaan semulajadi. Yang selainnya mungkin tidak selamat jika tidak diproses.
  • masak makanan dengan teliti kerana banyak makanan mentah tercemar dengan kuman membawa penyakit. Contohnya daging dan susu. 
  • Makan makanan yang telah dimasak serta-merta. Apabila makanan telah menjadi sejuk, kuman lebih mudah mencemarinya. Lebih lama dibiarkan, lebih tinggi risikonya.
  • simpan makanan yang telah dimasak dengan cermat dalam keadaan yang sesuai.( panas atau dingin)
  • jaga kebersihan dapur serta permukaan tempat masak.
  • bungkus makanan yang telah dimasak dengan pembalut plastik atau simpan di tempat kedap udara  

Saturday, March 5, 2011

CERITA IKTIBAR: KELDAI MENANGKAP PENCURI [ PART 5] EPISOD AKHIR

    " Kata-kata kamu itu tadi memang benar jawab Nizamuddin," Maafkan saya! Saya tidak dapat mengenali semua rakyat dalam negeri ini kerana mereka terlalu ramai."
    Pemuda gembala itu tersenyum sahaja.
    " Banyakkah binatang ternakan yang kamu pelihara?" tanya Nizamuddin.
    " Tidaklah terlalu banyak. Sekadar cukup untuk menyeara diri saya sekeluarga," jawab pemuda gembala itu.
    Pemuda gembala itu lalu mengajak Nizamuddin makan sedikit makanan bersama-samanya. Nizamuddin menerima baik perlawaaan itu.
    " Mengapakah tuan bersiar-siar di desa ini?" tanya pemuda gembala itu.
    " Esok saya mungkin akan dijatuhkan hukuman bunuh. Itulah sebabnya hari ini saya cuba bersiar-siar di desa ini sebelum saya meninggal dunia," jawab Nizamuddin.
    Pemuda gembala itu berasa simpati dengan nasib Nizamuddin. Dia yakin bahawa Nizamuddin tidak bersalah. Dia percaya bahawa kejadian tersebut hanyalah sengaja dirancang oleh beberapa orang  pembesar yang berhati jahat.
    " Saya tahu bahawa tuan adalah seorang yang sangat jujur," kata pemuda gembala itu kepada Nizamuddin. "Tuan janganlah bersedih hati. Saya akan cuba menolong tuan."
    " Tetapi bagaimanakah caranya?" tanya Nizamuddin benar-benar ingin tahu.
    " Saya mempunyai seekor keldai. Keldai ini boleh membantu kita untuk menangkap pencuri yang jahat itu," jelas pemuda gembala itu lagi.
    " Seekor keldai boleh menangkap seorang pencuri?" Nizamuddin bertanya dengan penuh kehairanan. Sukar baginya untuk mempercayai kata-kata pemuda gembala tersebut.
    "Malam ini tuan bolehlah menumpang tidur di rumah saya. Besok pagi, kita akan bersama-sama pergi ke istana. Di sana nanti, tuan boleh menyaksikan sendiri bagaimana keldai saya dapat menangkap pencuri tersebut," kata pemuda gembala itu lagi.
    Keesokan harinya, Nizamuddin dan pemuda gembala itu pergilah ke istana raja. Pemuda gembala itu membawa seekor keldai bersama-samanya.
    " Patik meminta izin daripada tuanku untuk menangkap pencuri itu!" kata pemuda gembala itu kepada baginda raja.
    " Bagaimanakah caranya kamu boleh mengenali pencuri itu?" baginda bertanya.
    " Patik mempunyai seekor keldai yang sangat bijak. Ia boleh mengenali sesiapa sahaja yang pernah menjadi pencuri," kata pemuda gembala itu menjelaskan lagi.
    " Seekor keldai boleh menangkap seorang pencuri?" baginda bertanya dengan penuh kehairanan dan tidak mempercayainya.
    " Ya!" jawab pemuda itu lagi.
    " Baiklah! Beta izinkan. Tetapi bagaimanakah caranya keldai kamu itu boleh mengenali pencuri tersebut?" baginfa bertanya lagi.
    " Keldai ini hendaklah diletakkan di dalam sebuah bilik. Setiap pembesar tuanku hendaklah bergilir-gilir masuk ke dalam bilik itu. Mereka hendaklah memegang ekor keldai ini. Jika orang itu adalah pencuri, nescaya keldai petik ini akan menendangnya," pemuda gembala itu menerangkan caranya.
    Keldai itu pun ditempatkan di dalam sebuah bilik. Para pembesar istana memasuki bilik itu secaara bergilir-gilir. Mereka memegang ekor keldai tersebut. Beberapa orang pembesar itu pula tidak memegang ekor keldai tersebut.
    "Tidak ada sesiapa pun yang menyaksikan sama ada aku memegang atau tidak ekor keldai ini," kata para pembesar yang jahat itu dalam hati mereka masing-masing.
    Akhirnya selesailah giliran para pembesar itu memasuki bilik tersebut.
    " Tidak ada seorang pun di kalangan pembesar beta yang ditendang oleh keldai kamu itu," tega baginda raja kepada pemuda gembala itu.
    "Patik tahu tuanku!" jawab pemuda gembala itu.
    " Jadi bagaimanakah kamu boleh mengetahui bahawa keldai kamu itu mengenali pencuri?" baginda bertanya dengan suara yang keras.
    " Tunggulah sebentar, wahai tuanku." jawab pemuda gembala itu lagi. Dia segera berjalan ke arah pembesar. Dia memegang tangan para pembesar itu.
    Akhirnya pemuda gembala itu memilih empat orang pembesar dan menuduh mereka sebagai pencuri.
    " Apakah bukti kamu, wahai pemuda gembala?" tanya salah seorang pembesar yang dituduh mencuri itu.
    " Buktinya ialah tangan kamu tidak berminyak!" pemuda gembala itu menjawab dengan tegas.
    Keempat-empat orang pembesar itu terdiam. Meraka sangat ketakutan kerana sekarang terbuktilah bahawa mereka sebenarnya yang bertanggungjawab ke atas peristiwa itu.
    " Terangkan hal ini dengan lebih jelas kepada beta," kata baginda raja kepada pemuda gembala itu.
    Pemuda gembala itu lalu menerangkannya. " Ekor keldai patik itu sebenarnya telah dilumurkan dengan minyak. Semua pembesar yang memasuki bilik itu telah memegang ekor keldai petik tersebut. Sebaliknya, keempat-empat  pembesar yang jahat itu tidak memegang ekor keldai itu. Mereka bimbang kalau-kalau keldai itu akan menendang mereka. Mereka berani berbuat demikian kerana tiada sesiapa oun yang menyaksikan perbuatan mereka semasa berada dalam bilik tersebut. Oleh sebab itulah maka tangan mereka tidak berminyak. Dengan ini jelaslah membuktikan bahawa merekalah sebenarnya yang merancang kejadian kecurian itu."
    Baginda raja berpuas hati dengan cara penyiasatan itu. Keempat-empat pembesar yang jahat itu mengaku bersalah. Mereka menerima hukuman daripada baginda raja. Beberapa hari kemudian, tukang kunci pula datang membuat pengakuan. Dia dimaafkan oleh baginda. Manakala pencuri yang turut bersubahat itu pula juga ditangkap dan dikenakan hukuman.
    Tidak lama selepas itu, baginda raja mengahwinkan Nizamuddin dengan puterinya, Nur Fadzilah. Manakala pemuda gembala yang sangat cerdik itu dikurniakan harta kekayaan oleh baginda.


                                   ===============TAMAT===============

Friday, March 4, 2011

CERITA IKTIBAR: KELDAI MENANGKAP PENCURI [PART 4]

    " Pertama, anak kunci digedung itu hanya berada di tangan Nizamuddin. Kedua, tidak mustahil Nizamuddin sendiri yang menyamar sebagai pengemis itu untuk mencuri harta tersebut," kata pembesar itu lagi.
    Beberapa orang pembesar lain lagi turut dengkikan Nizamuddin berpura-pura bersetuju dengan alasan tersebut. Baginda raja terpengaruh dengan kata-kata para pembesar yang jahat itu. Akhirnya baginda memerintahkan beberapa orang pengawal supaya pergi menangkap Nizamuddin.
    " Patik tidak bersalah, wahai tuanku!" kata Nizamuddin, " Sudah bertahun-tahun patik menjaga harta itu dengan baik. Ini semua adalah fitnah, wahai tuanku!"
     Tetapi baginda berkeras juga untuk menahan Nizamuddin. " Pencuri memang tidak akan mengaku kesalahannya!" tegas baginda. " Beta akan menyiasat perkara ini dengan saksama. Sekiranya kamu benar-benar tidak bersalah, maka beta akan membebaskan kamu."
    Nizamuddin dimasukkan ke dalam penjara. Gembiralah hati pembesar yang jahat itu kerana Nizamuddin telah berjaya diperangkap oleh mereka.
    " Tidak lama lagi, Nizamuddin tentu akan dibunuh!" kata salah seorang pembesar yang berhati busuk itu.
    " Kita boleh mengupah beberapa pengawal supaya berpura-pura mengenali Nizamuddin menyamar sebagai pengemis," ujar salah seorang daripada mereka.
    Puteri raja yang bernama Nur Fadzilah, turut bersedih setelah mengetahui Nizamuddin dipenjarakan. Dia benar-benar yakin bahawa Nizamuddin tidak bersalah. Dia tahu bahawa kejadian ini sengaja dilakukan oleh beberapa orang pembesar yang dengkikan Nizamuddin.
    Nur Fadzilah lalu menemuai ayahandanya.
    " Ayahanda!" kata Nur Fadzilah, " Anakanda yakin bahawa Nizamuddin itu tidak bersalah. Dia mungkin diperangkap dan difitnah oleh oleh beberapa orang pembesar yang iri hati terhadap dirinya. Lebih-lebih lagi kerana sebelum ini Nizamuddin sangat disayangi oleh ayahanda sendiri."
    Baginda raja termenung seketika setelah mendengarkan sembah anakandanya itu. Dia memang amat menyayangi Nizamuddin. Dia tahu Nizamuddin adalah seorang pemuda yang sangat jujur. Tetapi apa boleh buat kerana penyiasatan mesti dilakukan terlebih dahulu sebelum Nizamuddin dapat dibebaskan sekiranya dia benar-benar tidak bersalah. Sebaliknya, jika dia didapati bersalah, maka dia akan dipenggal lehernya.
     " Berikanlah peluang kepada Nizamuddin untuk membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah," kata Nur Fadzilah lagi.
    " Tetapi bagaimana caranya?" baginda raja bertanya.
    " Bebaskan dia Berikan tempoh kepadanya untuk mengemukakan bukti bahawa dia tidak bersalah," Nur Fadzilah memberikan cadangan.
    " Ayahanda boleh membebaskannya. Tetapi bagaimana kalau-kalau nanti dia mengambil kesempatan untuk melarikan dirinya?"
    " Tidak,. Anakanda yakin bahawa dia sekali-kali tidak akan melarikan dirinya. Lagi pun dia adalah seorang yang sangat jujur. Kalau dia melarikan dirinya, itulah bukti bahawa dia sebenarnya memang bersalah. Dengan demikian, ayahanda boleh menitahkan para pengawal supaya menangkapnya," kata Nur Fadzilah lagi.
    Baginda raja bersetuju dengan cadangan puterinya itu. " Anakanda memang seorang yang sangat pintar, " ujar baginda.
    Nizamuddin dibebaskan. Dia diberikan tempoh selama sebulan untuk mengemukakan bukti bahawa dirinya tidak bersalah.
     Selama dua minggu \, Nizamuddin asyik termenung di dalam rumahnya. Dia benar-benar berasa sedih. Dia tidak mempunyai jalan untuk membuktikan bahawa dia memang tidak bersalah. Masa terus berjalan. Akhirnya tinggallah masa selama satu hari sahaja lagi bagi Nizamuddin kerana esok dia harus mengadap raja semula.
    " Esok mungkin aku akan dihukum bunuh. Baiklah sepanjang hari ini aku mengambil masa untuk pergi bersiar-siar di salah sebuah desa dalam negeri ini," fikir Nizamuddin dalam hatinya. Dia benar-benar bersedih.
    Nizamuddin lalu pergi bersiar-siar di sebuah desa dalam negeri itu. Setelah penat berjalan, dia bertemu dengan seorang pemuda gembala. Dia mengucapkan salam dan pemuda itu membalas salamnya. Pemuda gembala itu mengenali dirinya.
    " Bagaimanakah kamu boleh mengenali diri saya?" Nizamuddin bertanya.
     Pemuda gembala itu tertawa kecil," Saya memang mengenali tuan sebab dahulu tuan pernah menjadi salah seorang pembesar dalam negeri ini. Sebaliknya, tuan tidak mengenali saya sebab saya adalah orang kecil yang tidak berpangkat."
    Nizamuddin menundukkan kepalanya kerana berasa malu mendengar kata-kata pemuda gembala itu.



BERSAMBUNG............

nuffnang

awak sangat cute

heartbeat.my